Cara Membuat Semakan Bantuan COVID-19 Sabah RM 300


Rakyat Sabah yang berkelayakan telah boleh mmebuat status permohonan Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 yang diberikan oleh kerajaan negeri.

Pemberian tunai ini telah diumumkan oleh kerajaan negeri pada 28 Oktober 2020. 

Bantuan ini akan memberikan manfaat kepada golongan sasar seperti sektor pertanian, pelancongan, pengangkutan, anak yatim, ibu tunggal dan OKU.

Tiada permohonan baharu dibuka buat setakat ini.

Jumlah Bantuan

Bantuan tunai RM 300 seorang kepada yang layak. Bantuan ini diperuntukkan sehingga mencecah RM 160 juta kepada rakyat Sabah.

Cara Semakan Bantuan COVID-19 Negeri Sabah

Semakan boleh dibuat mengikut langkah-langkah berikut :
  1. Layari portal rasmi bantuan covid 19 Sabah di : https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda
  3. Tandakan pada kotak ‘Saya Bukan Robot’
  4. Klik butang ‘semak’
  5. Status bantuan akan dipaparkan.



Status Keputusan Semakan

Kepada penerima yang layak anda akan menerima paparan seperti di bawah :
  • Penerima Bantuan PRIHATIN COVID-19: RM 300. Sila tuntut di cawangan Bank , Simpanan Nasional berhampiran anda, mulai 23 November 2020 (Isnin) ;  atau
  • Pembayaran telah dikreditkan: ( SUCCESS ‘Tarikh dikreditkan’).
Namun kepada pemohon yang tidak layak, anda akan menerima paparan seperti di bawah :
  • Pemohon bukan berdaftar dengan Jabatan / Agensi di bawah MAFI; atau
  • Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan DITOLAK: Bukan klien Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA).
  • Permohonan tidak lulus (JHEWA)
  • Tiada rekod permohonan.

 

0 thoughts on “Cara Membuat Semakan Bantuan COVID-19 Sabah RM 300”

  1. Saya ne mau cakap la kenapa mau yg ada daftar saya daftar pun masa jga tidak lulus hari tu saya fositi covid 19 pun saya tidak dapat jga bantuan ini pun bantuan 300 pun nda dapat jga apa ne macam nda adil kalau boleh cuba kamu kasih tau apa masalah saya skrng ne pun susah jga saya ne jadi kalau boleh saya mau haksama dan adil

    Reply
  2. mcm nak apply utk permohonan yg baru.. Ada suda ka bgi yg belum memohon tolong la dulu org susah kerja pn bkn senang skrg harap2 ada la dorg buka blk utk permohonan baru

    Reply
  3. Kata bantuan covid utk rakyat sabah tapi kenapa bkn semua yg dapat,napa ada pilih kasih sedangkan kami rakyat sabah jugak atau tak payahla tulis bantuan utk rakyat sabah kalau bukan untuk semua.Kami pn susah jgk kerja xdpt,bantuan bakul makanan pun susah mo dapat,terpaksa mengemis ni dimana2 mo dapat bantuan.Kalau macam ni main pilih2 sj memang tidak adil utk semua.

    Reply
  4. Tidak berdaftar d bawah mafi..apa ke benda tu boleh bagi penjelasan apa mafi tu???saya ni penerima B40 x kan pilih org kot bukan tuk bantuan rakyat Sabah ke ni??kalau ya pun bagilah penjelasan apa mafi tu kalau x blh jg saya p daftar sana…

    Reply
  5. Itu dlu masa zaman warisang…..byk yg tdk dpt bantuan yg d peruntukan,nth tiada pn komen dr pihak tertentu mengenai bantuan tak layak……
    Tapi mulai skrg kita tggu dulu laman rasmi utk memohon dan mgkn jga guna link sebelum ni….tq

    Reply
  6. Saya ne mau cakap la kenapa mau yg ada daftar saya daftar pun masa jga tidak lulus hari tu saya fositi covid 19 pun saya tidak dapat jga bantuan ini pun bantuan 300 pun nda dapat jga apa ne macam nda adil kalau boleh cuba kamu kasih tau apa masalah saya skrng ne pun susah jga saya ne jadi kalau boleh saya mau haksama dan adil

    Reply
  7. Buat la bantuan baru untuk sabah..buat apa tu peruntukan bejuta juta, kmu mau kasi kaya dirisendiri ja ka dngn orang2 kamu…buat la permohonan baharu..

    Reply
  8. Blg bantuan covid 19 rm 300 tuk rakyat sabah.tpi bla cek katanya anda tidak berdaftar.mcm mna ni oiiii.nak bli barang pun susah.kalau ya pun bantuan tuk rakyat sabah bgi2 la tuk rakyat sabah sebap bantuan tu semua memerlukan tuk membeli keperluan masing2.

    Reply
  9. Mcm mna cara nk mohon….ples bgtau cara nya ..sy ibu tunggal ..ckp untuk rkyat sbah tp knpe tdak layak ..tiada rekod dlm permohonan jdi mcm mna nk pohon bantuan ni…sila email sy jika ada tau cara nk pohon…

    Reply
  10. Kenapa Sya punya di Tokyo TDK berdaftar dengan Nafi?? MCM mana MCM kami org kgvyg tinggal di pendalaman dan TDK ada daftar dgn Nafi..?? Kami hanya dot duit dari usaha kebun sebulan paling BYK dpt rm800

    Reply
  11. Btul tu…covid19 ni bukan pilih kasih….sesiapa sahaja bole kena..takkan bantuan ni mau pilih2 kasih kan….tolong la partimbangkan …kasi adil la kmi B40….tpi X lulus….

    Reply
  12. Kali pertama saya momohn bantuan covi19 Saya di nyatakan pomohonnan tidk dalam sistem jikalau saya di beri peluang ke dua kali ini bole ka Sya di luluskan

    Reply
  13. Kali pertama saya momohn bantuan covi19 Saya di nyatakan pomohonnan tidk dalam sistem jikalau saya di beri peluang ke dua kali ini bole ka Sya di luluskan

    Reply
  14. kata semua,rakyat sabah ,,kenapa pulak kami tidak dapat,buat semakan,, keluar tiada rekod,katanya lagi org yg pernah daftar di e,kasih ,lah mykasih la ,so sya dulu sudah pun mndaftr pada mykasih ,kah ,ekasih,prnh jugk dapt bauchar dr mykasih untuk berbelanja dimna mna supermarket yg bdaftar dgn logo mykasih,selama setahun tapi time covid19 ni pulak buat semakan keluar pulak ayat tiada rekod blm bdaftar huhay apa crita ni kami pun urang2 sabah jugk rakyat sabah,jadi km mohon pd kerajaan negri sabah adil la melaksanakan tugas tuk mmbntu rakyat negri sabah jgn pilih kasih,beri la pada yg btul2 memerlukan harap mklum

    Reply
  15. hairan bin ajaib kata yg layak ,org2 yg pernah mendaftar di ekasih la mykasih la saya ni suda lama mendaftar dgn ekasih ,@mykasih dan pernah menerima baucar, berupa barang runcit dan mengambilnya di mana2 supermarket yg ada logo mykasih mcm2 jenis barangan yg ada logo MyKasih kita layak ambil selepas tu tunjukan ic dkt kaunter cara tuk mcm pembayarannya lah selama setahun saya dpt ringankan beban dgn bantuan mykasih tapi bab bntuan covid19 ni pulak bila buat semakan katanya tiada rekod la apalah huhay come on la kerajaan kami ni pun rakyat sabah yg sama terjejas pendapatan akibat pandemik covid ni borang permohonan pun tiada amcm la klu begitu pikir2 kan la wahai kamu org yg bertangungjwb mau membntu rakyat yg susah mcm kami ni huhay

    Reply

Leave a Comment