BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenalkan semasa pembentangan Bajet 2022 pada Oktober lalu.
BKM bakal menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diperkenalkan pada tahun ini. Penggantian ini berlaku kerana terdapat perbezaan pemimpin dan jumlah bantuan yang disalurkan.
Hal ini kerana kerajaan sedia maklum akan beban yang ditanggung oleh setiap rakyat dalam waktu pandemik ini.
JUMLAH BANTUAN BKM 2022
Pemberian BKM 2022 berbeza berbanding BPR 2021. Berikut ialah jumlah bantuan untuk BKM 2022.
KATEGORI 1
- Diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM 2,500 ke bawah
- Bantuan berjumlah RM 1,000 untuk yang belum memiliki anak
- Bantuan berjumlah RM 1,500 bagi yang memiliki 1-2 orang anak
- Bantuan berjumlah RM 2,000 kepada isi rumah yang memiliki 3 orang anak dan lebih
KATEGORI 2
- Diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM 2,501 sehingga RM 5,000
- Bantuan berjumlah RM 400 bagi yang belum mempunyai anak
- Bantuan berjumlah RM 600 bagi yang mempunyai 1-2 orang anak
- Bantuan berjumlah RM 800 untuk yang mempunyai 3 orang anak atau lebih
KATEGORI BUJANG
- Diberikan kepada bujang yang berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah
- Bantuan RM 350 bakal diberikan
SYARAT KELAYAKAN
Berikut ialah syarat kelayakan untuk permohonan BKM 2022 :
1. KATEGORI ISI RUMAH
- Sudah berkahwin
- Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang memiliki anak
- Pendapatan di bawah RM 5,000
2. KATEGORI BUJANG
- Belum berkahwin
- Ibu bapa tunggal / janda / balu / duda yang tidak memiliki anak
- Berumur di antara 21 sehingga 59 tahun
- Berpendapatan di RM 2,500 dan ke bawah
TARIKH KEMASKINI DAN PERMOHONAN BARU BKM
Setakat ini, tiada tarikh rasmi berkenaan kemas kini dan permohonan baru untuk BKM.
Tarikh kemas kini dan permohonan baru BKM boleh dilakukan seawal Januari 2022.
Saya perlukan dana untuk merawat saraf yang saya terkena minor strok kerana sinovac….