Terlalu banyak insentif yang diperkenalkan oleh Kerajaan sewaktu pembentangan Pelan PEMULIH oleh Perdana Menteri.
Tetapi, terdapat satu jenis bantuan yang menarik perhatian penulisan. Bantuan tersebut dikatakan mampu memberi sehingga RM 600 selama 4 kepada pemohon yang layak.
PROGRAM SUBSIDI UPAH 4.0
Bantuan yang dikatakan di atas merupakan Program Subsidi Upah 4.0 atau PSU 4.0. Program ini sudah diperkenalkan sebanyak 4 edisi dengan setiap edisi yang baru akan ditambah baik daripada sebelumnya.
- Begitu juga dengan PSU 4.0 ini. Pelaksanaan program ini sudah tentu untuk membantu syarikat untuk meneruskan operasi serta
- mengelakkan pekerja untuk dibuat pekerjaan dan seterusnya kehilangan pendapatan.
Untuk edisi PSU 4.0 ini, Perdana Menteri berkata, Kerajaan sedia menampung sebanyak 500 pekerja untuk setiap syarikat / majikan.
JUMLAH BANTUAN
Perdana Menteri mengumumkan kadar bantuan ialah
- RM 600 bagi setiap pekerja selama 4 bulan
- 2 BULAN ialah untuk semua sektor ekonomi pada Pelan Pemulihan Negara Fasa 2
- Manakala 2 bulan lagi ialah untuk sektor khusus yang dikategorikan sebagai negative list (tidak dibuka) pada Pelan Pemulihan Negara Fasa 3
TEMPOH PELAKSANAAN / TARIKH PERMOHONAN
Permohonan untuk Program Subsidi Upah 4.0 ialah bermula pada
- 1 Ogos 2021 sehingga 31 Oktober 2021
NOTA PENTING UNTUK MAJIKAN DAN PEKERJA !
- Selepas lulus atau diterima ke dalam program ini, majikan mesti memastikan pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh 3 bulan tidak dibuang kerja.
- Serta, gaji pekerja sedia ada tidak dibenarkan dipotong oleh majikan.
SYARAT KELAYAKAN
Menurut pengumuman Perdana Menteri pada PEMULIH lalu,
- Tiada syarat had gaji ditetapkan.
- Ia ialah perkara penting yang ditambah baik untuk PSU 4.0
Untuk PSU 3.0 sebelum ini, hanya pekerja yang di bergaji <RM 4,000 sahaja layak mohon tetapi kini tidak.
- Hal ini bermaksud, majikan boleh memohon PSU 4.0 kepada pekerja yang mempunyai gaji RM 4,000 ke atas tetapi terhad kepada 500 pekerja.
Manakala, antara syarat lain ialah kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih bagi jumlah jualan ATAU pendapatan bulanan pada tahun 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada 2019/2020.
CARA PERMOHONAN
MAJIKAN sedia ada yang sedang menerima PSU wajib mengemukakan permohonan PSU di Portal PRIHATIN https://prihatin.perkeso.gov.my/
NOTA UNTUK PEKERJA !
Pekerja perlu ingatkan kepada majikan terhadap beberapa dokumen penting di bawah :
- Perlu bagi senarai nama pekerja di syarikat
- Sediakan muka hadapan akaun bank majikan anda
- Satu SALINAN/COPY untuk pendaftaran panel bank majikan
- Akaun Pengisytiharan PSU50
- Salinan pendaftaran SSM atau salinan ROS atau salinan ROB
- Segala jualan dan pendapatan termasuk penyata kewangan telah dapat pengesahan daripada pihak berwajib
Saya selalu tidak lepas Bantuan Dari kerajaan…tiada perkerjaan