Cara Mohon Rumah Baharu Untuk Orang Yang Belum Ada Rumah Sendiri

 

Semestinya, memilliki rumah pertama menjadi idaman setiap orang, apa lagi yang sudah berkeluarga. Hal ini agar, masa depan keluarga akan lebih terjamin dengan adanya rumah sendiri sebagai tempat berteduh.

Berita baik kepada penduduk Selangor yang ingin memiliki rumah pertama, anda boleh mohon permohonan di bawah inisiatif Rumah Selangorku.

Rumah Selangorku merupakan Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’

Inisiatif ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami.

Rumah Selangorku memperkenalkan konsep Perumahan Mampu Milik atau ‘Affordable Homes’ yang memberi keselesaan sama ada dari segi saiz, reka bentuk dan komunitinya.

JENIS RUMAH

Rumah Selangorku terdiri daripada empat jenis rumah iaitu Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu Milik

SYARAT KELAYAKAN MOHON RUMAH SELANGORKU

Berikut merupakan syarat untuk membuat permohonan ;

  • Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
  • Penduduk Selangor
  • Tidak pernah memiliki rumah
  • Pendapatan minimum RM 3 ribu hingga maksimum RM 10 ribu

INFO BERKAITAN RUMAH SELANGORKU

  • Lokasi rumah adalah berdekatan UKM Bangi
  • RM 240 ribu untuk 1000 kaki persegi dengan balkoni
  • Freehold
  • 3 bilik dan 2 bilik air
  • 2 lot parking
  • Bulanan RM 867 hingga 1051 (bergantung loan)
KOS RUMAH SELANGORKU

Berikut merupakan kos untuk para pembeli yang berminat
  • Booking RM 500 (untuk check loan dan unit)
  • Downpayment 10% (boleh guna epf Akaun 2)
  • SPA dan legas fees RM 4800
  • MOT percuma untuk pembeli rumah pertama
CARA DAFTAR DAN BELI RUMAH SELANGORKU

Terdapat 2 cara yang anda boleh pilih untuk membuat pendaftaran pembelian rumah Selangorku ;

1. Terus melalui daripada developer
2. Melalui website Rumah Selangorku di https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/

0 thoughts on “Cara Mohon Rumah Baharu Untuk Orang Yang Belum Ada Rumah Sendiri”

Leave a Comment