KerjayaGig adalah sebuah bantuan yang akan diberikam kepada individu yang memerlukan. Insentif ini telah diumumkan pada pembentangan Bajet 2021 lalu dan telah dilaksanakan bermula pertengahan tahun ini.
PROGRAM KERJAYAGIG
Objektif utama Program Kerjaya Gig ini adalah untuk memperluaskan skop Insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 2.0 kepada individu kehilangan pekerjaan dan penganggur dari golongan rentan yang terlibat dalam peluang pekerjaan jangka pendek sehingga mereka dapat memperoleh pekerjaan sepenuh masa.
Untuk pengetahuan anda, program ini juga diperluaskan untuk meliputi pekerjaan sementara dan pekerjaan gig untuk golongan penganggur tegar.
Objektif lainnya ialah untuk
- memindahkan semula tenaga kerja yang tidak digunakan sepenuhnya dan yang sedang menerima cuti tanpa gaji kepada kerjaya gig
- untuk menggalakkan individu mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal
JUMLAH BAYARAN BANTUAN
Berikut ialah jumlah bayaran bantuan secara terperinci :
- Bayaran bulanan sebanyak RM 600 akan diberikan kepada individu yang layak.
- Pemberian bayaran bulanan ini diberikan selagi mana mereka terlibat dengan kerjaya gig
- Pembayaran akan dibuat RM 600 setiap bulan selama 6 bulan.
Insentif turut diberikan kepada organisasi, platform atau pertubuhan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig berjumlah RM 200.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang dikehendaki untuk layak menerima bantuan di atas
- Individu yang kehilangan pekerjaan yang berdaftar dengan PERKESO
- Pekerja formal yang digajikan dan berdaftar dengan PERKESO namun diberikan notis cuti tanpa gaji
- Pencari kerja dari golongan rentan seperti Orang Kelainan Upaya (OKU), peserta program Return To Work PERKESO, gelandangan, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan e-Kasih, bekas penagih dadah, bekas banduan, Orang Diparol (ODP) dan lain-lain
- Semua yang layak haruslah berumur antara 18 sehingga 60 tahun sahaja
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan telah dibuka bermula 15 Julai 2021 lalu sehingga 31 Disember 2021 depan.
CARA UNTUK ANDA BUAT PERMOHONAN
Berikut adalah cara permohonan KerjayaGig
1. Anda perlu log masuk ke laman web MyFutureJobs dan mohon pekerjaan yang tersenarai di bawah kategori pekerjaan sendiri – www.myfuturejobs.gov.my
2. Selepas berjaya mengambil pekerja, majikan perlu mendaftarkan Orang Bekerja Sendiri yang berjaya melalui laman Web PERKESO untuk memohon insentif RM 600 – www.perkeso.gov.my
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut ialah senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan insentif tersebut
- Borang Pengesahan Pekerjaan yang ditandatangani oleh individu bekerja sendiri
- Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri
- Surat atau dokumen berkaitan serta bukti yang dikeluarkan oleh majikan terkini bagi pekerja yang menerima cuti tanpa gaji
- Emel pengesahan daripada operator bagi mengesahkan status pekerjaan untuk pekerja sendiri yang baru diambil
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi talian hotline
- 1 300 22 8000 atau 03 8091 5300