Ramai yang tidak tahu mengenai Baucar Pelancongan Kita Selangorku 2.0 yang boleh anda tuntut untuk digunakan ketika berjalan-jalan di Selangor.
Tambahan pula, sekarang merupakan musim cuti sekolah dan rentas negeri sudah pun dibenarkan, ini lah masa untuk para ibu bapa membawa anak-anak pergi cuti.
Dengan adanya baucar ini, anda boleh jimat untuk berbelanja ataupun bercuti ketika di Selangor nanti.
Untuk pengetahuan anda, lebih 170 pakej pelancongan yang menarik ditawarkan daripada 35 Agensi Pelancongan Negeri Selangor untuk anda semua.
JUMLAH BAUCAR DAN TEMPOH SAH LAKU
Anda boleh menuntut baucar yang bernilai RM 100 sehingga Disember 2021 ini. Manakala, baucar tersebut sah sehingga Jun 2022 depan.
Ini bermakna, anda boleh menggunakan baucar tersebut pada tahun depan juga.
SYARAT KELAYAKAN TUNTUTAN BAUCAR
Berikut adalah kriteria untuk menerima baucar di atas, hanya yang layak sahaaj berhak untuk menerima :
- Warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan yang sah (MyKad).
- Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2021
- Setiap pengguna Shopee terhad kepada SATU transaksi setiap baucar sepanjang tempoh kempen
- Terhad kepada 10,000 PENEBUSAN BAUCAR sepanjang tempoh kempen
- Semua pembayaran harus dilakukan dengan fungsi ‘ShopeePay’ sahaja
- Tiada baucar tunai atau kombinasi baucar penerimaan dari medium lain yang dibenarkan untuk setiap transaksi
- Promosi akan dihentikan setelah jumlah baucar habis atau pada masa tempoh kempen berakhir mengikut mana yang lebih awal
- Promosi ini tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain
- Promosti tidak boleh ditukar atau diganti dengan produk lain atau wang tunai
CARA TUNTUT DAN CARA GUNA BAUCAR
Baucar boleh dituntut melalui platform Shopee seperti berikut :
Sebagai peringatan pembayaran hanyalah menggunakan ShopeePay sahaja. Manakala, baucar ini boleh ditebus sekali sahaja.
Untuk memastikan baucar ini berjaya ditebus, pastikan Pakej Pelancongan yang anda ambil termasuk di dalam Pakej Kita Selangor 2.0.
Macam mana nak tebus baucer tersebut??
Baucer shoppe
Salam Gano nak tebus baucer.