Dapatkan Bantuan Kewangan RM 400 Secara Automatik

 

Shopee dan kerjasama Kementerian Tenaga & Sumber Asli (keTSA) melancarkan sebuah bantuan atau baucar kepada pengguna Shopee yang layak.

PROGRAM SAVE 3.0

Sebelum ini, terdapat Program Save 1.0 dan Save 2.0. Kehadiran program Save 3.0 boleh dikatakan sambungan kepada program sebelum ini.

Untuk pengetahuan,pembelian yang dibenarkan adalah untuk barangan elektrik yang menerima label 4 dan 5 bintang yang disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

OBJEKTIF BAUCAR

Berikut adalah objektif kepada pemberian baucar tersebut kepada pengguna yang layak
  1. Meningkatkan jumlah 4 dan 5 bintang peralatan elektrik di pasaran
  2. Memberi peluang kepada pengguna untuk membeli barangan 4 dan 5 bintang melalui Shopee

JUMLAH BANTUAN

Pengguna Shopee berpeluang untuk menerima baucar daripada Shopee dan keTSA berjumlah
  • RM 400

SYARAT KELAYAKAN

Berikut ialah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menebus baucar RM 400
  • Warganegara Malaysia
  • Pemilik akaun elektrik domestik berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity SDN BHD (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power sahaja yang layak
  • Baucar boleh ditebus melalui kedai elektrik dan pasar raya atau secara dalam talian seperti Shopee, Lazada dan PG MALL
  • Penerima Save 2.0 tidak layak menerima Save 3.0 Kategori 1

KATEGORI BAUCAR

Berikut adalah kategori-kategori baucar untuk membuat penebusan. Kategori baucar hanya terbahagi kepada 2 iaitu

Kategori 1 : Pembelian Peti Sejuk / Pendingin Hawa (RM 200)

Kategori 2 : Pembelian TV / Mesin Basuh / Ketuhar / Gelombang Mikro / Periuk Nasi (RM 50 / RM 100 / RM 200)

CARA TEBUS BAUCAR

Sedia maklum, penebusan baucar boleh dilakukan secara fizikal dan dalam talian, berikut ialah panduan untuk penebusan bantuan kewangan RM 400 secara automatik

1. TEBUS DALAM TALIAN
  • Cari SAVE 3.0 di Shopee / PG MALL / Lazada
  • Berbual dengan penjual untuk dapatkan baucar tersebut
  • Sekiranya layak, penjual akan memberikan baucar SAVE 3.0
  • Masukkan baucar tersebut pada bahagian Baucar Kedai ketika daftar keluar pembelian tersebut
2. TEBUS FIZIKAL

Untuk tebusan secara manual, anda perlu hadir ke kedai elektrik berdekatan, semak kedai yang terlibat disini :
  • hadir bersama Kad Pengenalan dan bil elektrik untuk membuat penebusan baucar

TARIKH PELAKSANAAN

Pelaksanaan program ini dilakukan sepanjang tahun 2022 bermula Januari 2022 sehingga Disember 2022.

0 thoughts on “Dapatkan Bantuan Kewangan RM 400 Secara Automatik”

  1. Dengar byk sgt bantuan.. 1 apa pun x masuk, duit PTPTN bayar je la skrg ni..lambat sgt 24 hb 3 tu baru nak bayar,
    Samapai ank aku pun kena belajar..x ada duit nak bayar yuran pengajianšŸ˜¢šŸ˜”

    Reply
  2. kerajaan cerdik dia bg bntuan yg kite tk phm nk tuntut,cuba klau nk bg bntuan tu snag tuntut,kerajaan yg rugi sbb rkyat rmai,klau bg dgn kaedah susah mcm ni,ada yg dpt ada yg tk dpt kerajaan untung,sbb tu la dia blh jd menteri sbb dia bijakšŸ¤£

    Reply
  3. Mcm2 bantuan kerajaan kluarkan tpi ada mcm2 syarat. Cuba longgarkan @ bagi tanpa syarat… Bg kmi golongan yg kurang berkemampuan rsa susah

    Reply

Leave a Comment