Mohon Bantuan Kehidupan Sejahtera RM 300 Khas Untuk B40

Mohon Bantuan Kehidupan Sejahtera RM 300 Khas Untuk B40

Mohon Bantuan Kehidupan Sejahtera RM 300 Khas Untuk B40

Bantuan BINGKAS atau Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor adalah sebuah insentif yang diberikan kepada rakyat Selangor yang berkelayakan.

Ia bertujuan untuk membantu serta meringankan beban setiap penerima yang layak termasuklah ibu tunggal.

BANTUAN B40 BERJUMLAH RM 300

Bantuan ini merupakan sebuah bantuan yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada Belanjawan 2022.
Kerajaan Selangor memperuntukkan bantuan berjumlah RM 108 juta bagi membantu 30,000 isi rumah atau keluarga yang layak,tidak terkecuali seperti golongan ibu tunggal.
Tujuan utama bantuan ini adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

JUMLAH BANTUAN

Bantuan keseluruhan untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor
  • adalah RM 3,600 untuk 12 bulan/setahun atau
  • RM 300 setiap bulan

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan BINGKAS dibuka kepada
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  3. Pemilih berdaftar di Selangor
  4. Tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
  5. Pendapatan isi rumah adalah di bawah RM 3,000 sebulan

SYARAT PENDAFTARAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran ahli
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-Anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa / ibu tunggal)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Salinan slip gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperi ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
Nota : Setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.

CARA MEMOHON

Untuk membuat permohonan, sila rujuk laman rasmi BINGKAS. 
  • Anda perlu menekan DAFTAR PERMOHONAN
  • Sila masukkan nombor telefon anda
  • Sekiranya anda penerima KISS, anda perlu kemas kini nombor telefon
  • Seterusnya, sila lengkap butiran yang diperlukan termasuklah nama, nombor kad pengenalan dan lain-lain

Leave a Comment