Skip to content

Kad Perak Prihatin ~ Permohonan Pengaktifan Kad / Manfaat Bantuan

Bantuan ini disampaikan kepada 17,000 penerima menerusi pemberian Kad secara fizikal yang dikenali sebagai Kad Perak Prihatin. Kad tersebut akan diagihkan oleh kerajaan kepada yang layak menerima sahaja bagi tahun ini dan seterusnya perlu diaktifkan sendiri oleh pengguna sebelum digunakan.

Cara Aktifkan Kad Perak Prihatin 

Setiap Kad Perak Prihatin yang telah diterima belum diaktifkan lagi. Sebelum menggunakan manfaat daripada kad ini, pengguna mestilah mengaktifkan kad tersebut terlebih dahulu menerusi salah satu daripada tiga cara di bawah :

1. Secara Atas Talian (Online)

  • Kunjungi Laman Web Rasmi : PERAK PRIHATIN
  • Pilih dan klik ‘Pengaktifan Kad’
2. Melalui SMS
  • Taipkan : 
  •  WBC <jarak> PACT <jarak> NO. KAD (6 DIGIT TERAKHIR) <jarak> NO.MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR)
  • Hantarkan ke : 33555
3. Pusat Panggilan (Call Centre)
  • Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan  PERAK PRIHATIN : 1 800 22 6600
  • Ataupun Emel kepada : admin@selcare.my

MANFAAT BANTUAN KAD PERAK PRIHATIN

Terdapat 2 jenis bantuan yang boleh anda manfaatkan daripada Kad Perak Prihatin ini. Berikut adalah manfaat tersebut dan proses untuk menggunakannya.
1. MANFAAT 1 : RAWATAN KESIHATAN

Bagi bantuan rawatan kesihatan, penerima akan mendapat sebanyak RM 300 had pembiayaan selama setahun dengan had gunaan setiap kali rawatan adalah sebanyak RM 50. Selain itu, tiada had jenis rawatan / perubatan bagi kemudahan asas. Walau bagaimanapun hanya penerima utama yang layak.

Proses penggunaan ;
  1. Serahkan Kad Perak Prihatin dan MyKad di Klinik Panel (Senarai klik panel) SENARAI KLINIK PANEL
  2. Sekiranya perlu, Klinik Panel akan menghubungi pihak Perak Prihatin bagi pengesahan.
2. MANFAAT 2 : PEMBELIAN BARANGAN ASAS

Had pembelian barangan keperluan asas terhad kepada RM 80 sebulan. Baki nilai bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan. Urusniaga pembelian dilakukan tanpa tunai.
Proses penggunaan :
1. Penerima perlu pergi ke kedai / pasar raya yang berdaftar di bawah :
2. Penerima memilih barangan keperluan asas yang tersenarai seperti pautan di bawah :
SENARAI BARANGAN BERDAFTAR
3. Penerima membuat semakan baki kad sebelum membuat pembayaran.
4. Penerima  menyerahkan kad Perak Prihatin kepada juruwang di kaunter pembayaran.
5. Juruwang akan merekodkan barangan yang dipilih.
Semoga informasi yang diberikan ini mampu memudahkan urusan anda semua. Terima kasih 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *