Berita baik untuk anda, pengemaskinian maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 sudah dibuka.
Perkara sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat kerana sudah tentu terdapat perubahan maklumat penerima dari segi gaji mahupun tanggungan.
Oleh itu, semak di bawah artikel mengenai kemaskini maklumat anda untuk terima bantuan RM 3,100.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR
Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023 merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan kepada rakyat berdasarkan kelayakan dari segi pendapatan, tanggungan dan status perkahwinan.
Bantuan ini dilancarkan untuk meringankan serta membantu keperluan rakyat.
KEMASKINI MAKLUMAT
Bermula 1 Mac hingga 31 Mac, anda boleh membuat kemaskini maklumat STR anda melalui laman web rasmi STR.
Ia bertujuan untuk membantu anda menerima jumlah bantuan yang betul berdasarkan pendapatan, tanggungan dan status perkahwinan anda yang terkini.
Sekiranya anda maklumat anda tiada perubahan, anda tidak perlu membuat kemaskini.
JUMLAH BANTUAN STR
Jumlah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah RM 2,500 dengan bantuan tambahan RM 600 menjadikan jumlah penuh adalah RM 3,100.
Tetapi ia hanya diberikan kepada rakyat berdasarkan kelayakan masing-masing sahaja.
Untuk bujang, mereka akan dapat RM 350 seorang.
PERMOHONAN BAHARU STR
Selain daripada kemaskini maklumat STR, permohonan baharu STR turut dibuka bermula 1 hingga 31 Mac ini.
Ia dibuka kepada setiap rakyat yang tidak pernah terima bantuan berkenaan sebelum ini atau yang permohonannya tidak lulus.
Oleh itu, anda boleh membuat permohonan baharu melalui laman web rasmi STR. Mudah sahaja caranya, hanya masukkan butiran yang diperlukan.