Pada Jumaat 29 Oktober merupakan hari dimana pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan.
Dengan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera, ini merupakan bajet tertinggi negara mengalahkan Bajet 2021 lalu.
Pelbagai insentif atau bantuan kepada seluruh lapisan masyarakat diumumkan oleh pihak kerajaan. Tetapi terdapat juga beberapa bantuan yang diharapkan oleh rakyat tidak dilaksana sepeti pengeluaran one-off KWSP RM 10,000.
BANTUAN IBU DAN BAPA TUNGGAL
Bantuan ini ialah bantuan yang baru sahaja diumumkan pada Bajet 2022. Bantuan ini dilaksanakan untuk meringankan beban kewangan bapa atau ibu tunggal yang mempunyai anak yang perlu dijaga.
JUMLAH BANTUAN
Bantuan tambahan ini diberikan kepada bapa dan ibu tunggal yang layak. Jumlah bantuan adalah berjumlah
- RM 500
Menurut Menteri Kewangan, bapa dan ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak atau lebih boleh menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak
- RM 2,500
- RM 2,000 di atas ialah bantuan kepada isi rumah yang mempunyai 3 orang anak ke atas, di mana para bapa atau ibu tunggal juga berhak dapat sekiranya mempunyai tanggungan/hak anak
SYARAT KELAYAKAN
Buat setakat ini tiada kelayakan terperinci mengenai bantuan tersebut tetapi
- bapa atau ibu tunggal yang mempunyai pendapatan sehingga RM 5,000 dan ke bawah berhak dapat bantuan di atas
CARA PERMOHONAN
Setakat ini, tiada cara permohonan dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Hal ini kerana bantuan ini adalah untuk 2022.
Informasi berkaitan bantuan ini akan kami update dari masa ke masa.
Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerna membantu dengan rakyat nya.
Sya layak dapat ke? Umor 44 ada anak.
Saya layak ke untuk dapat mana mana bantuan kerana saya x pernah terima apa pun jenis bantuan
Kali pertama ja dpt pas tu terus sampai sekarang xdpt