KWSP Lancarkan i-SAYANG. Semak Info Penuh Disini !

 

Disaat rakyat sedang menunggu pengumuman pengeluaran one-off KWSP daripada pihak kerajaan dan KWSP tetapi pihak KWSP akan memperkenalkan satu skim terbaru pada tahun hadapan.

i-SAYANG KWSP

i-Sayang merupakan kemudahan terbaharu yang akan dilancarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat untuk menjamin simpanan pada masa depan.

Menurut pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, i-Sayang ialah
  • kemudahan untuk pemindahan sukarela dua peratus (2%) caruman KWSP ke akaun isteri.

TARIKH PELAKSANAAN

Menurut Ahmad Badri, i-Sayang akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2022 nanti. Tiada lagi tarikh rasmi berkenaan tanggal dan bulan berapa ia dilancarkan.


CARA PERMOHONAN

Tidak dinyatakan buat masa ini. Sebarang cara permohonan akan kami kemaskini dari masa ke masa.

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KWSP

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam ucapan awalnya berkata, antara perkara yang paling membimbangkan akibat daripada pandemik ini ialah peningkatan isu ketaksamaan.

“Isu ketaksamaan ini telah wujud awal sebelum berlakunya pandemik. Walaupun banyak negara telah cuba mengurangkan impak C0vid-19 dengan menggerakkan pelbagai sumber secara intensif dan berjangka pendek, usaha-usaha ini hanyalah untuk sementara waktu dan tidak memberikan penyelesaian jangka panjang yang berupaya memelihara hayat dan kehidupan masyarakat.

0 thoughts on “KWSP Lancarkan i-SAYANG. Semak Info Penuh Disini !”

  1. Sepaputnya kerajaan dengar suara rakyat,bukan kerajaan ikut rasa sedap sendiri.pendemik ini btul2 bagi kesan bagi semua rakyat,jadi kami sngt mengharapkan supaya kerajaan mengeluarkan wang kwsp kami 10000 secara one off supaya kami dapat menggunakan untuk segala keperluan kami tapi ternyata kerajasn ini pekak dan tak faham keadaan kami…seolah2 kerajaan menyekat duit kamisegala wang bantuan pun tidak menantu kjp ckp ini,kjp ckp itu…tak faham lah…kata nak lancarkan isayang,tapi bagi kami yg tak ada suami atau suami tak ada kwsp mcm mana..tak guna otak btul

    Reply

Leave a Comment