Tarikh Pembayaran BKC Fasa 2 Mulai 25 November

 

Pembayaran Bantuan Khas Covid (BKC) adalah sangat ditunggu-tunggu oleh para penerima kerana ia sudah memasuki bulan kedua pembayaran. Oleh sebab yang demikian, kerajaan baru sahaja mengumumkan tarikh rasmi pembayaran BKC untuk Fasa 2.


BANTUAN KHAS COVID 

BKC adalah satu jenis bantuan yang diberikan kepada rakyat ketika negara sedang menghadapi pelaksanaan ‘Total Lockdown’ pada bulan Jun lalu.

Hal ini adalah untuk meringankan beban rakyat yang layak kerana mereka tidak boleh pergi bekerja disebabkan banyak penutupan sektor ekonomi. Sudah tentu, ramai rakyat yang terbeban serta kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan.

Diharapkan dengan adanya BKC ia mampu meringankan beban rakyat untuk membeli barang keperluan kepada keluarga dan diri sendiri.

Mengikut daripada pengumuman sebelum ini, BKC akan dibayar dalam 3 Fasa iaitu
  • Fasa 1 – September
  • Fasa 2 – November
  • Fasa 3 – Disember
Pembayaran Fasa 1 sudah selesai, kini ialah pembayaran Fasa 2 yang akan dikreditkan tidak lama lagi.


TARIKH PEMBAYARAN

Perkara yang sangat penerima ingin dengar ialah berkenaan tarikh pembayaran BKC Fasa 2 dan ia baru sahaja didengari oleh rakyat.

Kerajaan baru sahaja mengumumkan tarikh pembayaran BKC FASA 2 iaitu pada
  • 25 September 2021 bersamaan pada hari Khamis
  • Pembayaran ini akan melibatkan sehingga 700,000 penerima 
  • Pembayaran adalah secara berperingkat

JUMLAH BANTUAN

Walaupun pembayaran akan dilaksanakan tidak lama lagi tetapi bukan semua kategori golongan bakal menerima pembayaran pada BKC Fasa 2 ini.

Hanya golongan yang berada dalam kategori Miskin Tegar Isi Rumah dan Bujang sahaja dibayar pada BKC Fasa 2.

Manakala, kategori B40 akan pembayaran disambung pada BKC Fasa 3 dan pembayaran M40 sudah selesai pada BKC Fasa 1 yang lepas.

Berikut ialah jumlah pembayaran untuk BKC Fasa 2

KATEGORI MISKIN TEGAR SAHAJA

ISI RUMAH
  • Pembayaran berjumlah RM 500 akan dilaksanakan
WARGA EMAS
  • Pembayaran berjumlah RM 300 pada BKC Fasa 2 ini
BUJANG
  • Pembayaran berjumlah RM 300 untuk BKC Fasa 2 ini.

CARA BAYARAN

Berikut adalah kaedah bayaran BKC yang tidak lama akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing

1. Kategori Miskin Tegar : Bayaran bantuan akan dikreditkan ke akaun bank yang sama seperti pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

 

0 thoughts on “Tarikh Pembayaran BKC Fasa 2 Mulai 25 November”

  1. mintak tolong selesaikan masalah saya2 sebelum ni saya buat akaun bpn Degan dahsyat no tlfn lme dan e-mail lme masalah saya dah Lupe akaun lme saya. id akaun pun saya Lupe. Degan jawab soalan..

    Reply

Leave a Comment