Muhyiddin berharap semua sokong Belanjawan 2021 pada Jumaat (6/11/2020)


Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap semua Ahli Parlimen termasuk daripada blok pembangkang akan menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat (hari ini) demi kepentingan rakyat dan kebaikan negara.

“Pada sesi Parlimen lepas, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen yang menentang Akta Kumpulan Wang Covid-19,” katanya

“Melihat kepada kepentingan Belanjawan 2021 dalam meneruskan usaha menangani wabak Covid-19, melindungi kelangsungan hidup golongan mudah terjejas dan memacu ekonomi, saya berharap semua Ahli Parlimen daripada semua latar belakang politik akan menyokong Belanjawan 2021″

Muhyiddin berkata, semua pihak perlu menumpukan usaha bagi membantu rakyat yang terkesan teruk susulan Covid-19 ketika negara berhadapan dengan situasi sukar dan menyulitkan.

“Isu di hadapan kita bukan isu kerajaan semata-mata tapi isu negara. Kalau kita sayangkan negara kita… kita nak selamatkan negara kita dengan apa cara pun” kata beliau

Perdana menteri berkata, kerajaan sememangnya mempunyai tanggungjawab dan bebanan utama dalam perkara itu.

Muyhiddin percaya belanjawan itu akan mendapat sokongan semua peringkat lapisan Ahli Parlimen dan seterusnya di peringkat Dewan Negara.

“Saya harap ini dapat ditunaikan supaya bebanan kerajaan dan rakyat dapat dikurangkan”

Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijadualkan membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Leave a Comment