Notis Permohonan i-Sinar Tular Di Media Sosial

 

Seorang warga tempatan telah memuat naik satu notis makluman berkenaan tarikh permohonan skim i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memaparkan tarikh permohonan bermula 15 Disember 2020.

Notis itu dipercayai ditampal di salah sebuah pejabat KWSP, namun tiada sebarang makluman rasmi dikeluarkan oleh KWSP berhubung tarikh rasmi permohonan.

KWSP akan membuat satu kenyataan rasmi berhubung perincian penuh i-Sinar, ahli KWSP yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember.

Kenyataan rasmi tersebut akan dikeluarkan pada petang 2 Disember 2020 (Rabu) iaitu hari ini. Diharap semua pencarum bersabar untuk menunggu kenyataan rasmi tersebut.

0 thoughts on “Notis Permohonan i-Sinar Tular Di Media Sosial”

  1. Saya pun harap kan kerjaan dan pihat kwsp memelulus kan pengeluaran acc 1 saya..sebab saya perlukan modal untuk baiki bumbung rumah saya yang banyak dah berlubang dan rosak..

    Reply

Leave a Comment