Rasmi : Perincian Penuh KWSP Berkaitan i-Sinar

 

KWSP telah mengumumkan perincian penuh berkaitan i-Sinar.

PERINCIAN PENUH

Kategori 1


Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut :
  1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan ATAU
  2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak(ks) 30% dan ke atas selepas Mac 2020
Dokumen diperlukan :
  • Tiada dokumen sokongan diperlukan
  • Kelulusan secara automatik
  • Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Kategori 2

Terbuka kepada ahli yang masih bekerja (ks) tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020).

Dokumen sokongan :
  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
  • Dokumen sokongan seperti penyata bank juga boleh diberikan.



0 thoughts on “Rasmi : Perincian Penuh KWSP Berkaitan i-Sinar”

  1. Sedih , mengecewakan ,kami kami yang gaji kecik ni tanggungan ramai yang sentiasa mkn gaji pokok sahaja tak ada elaun ,ot memang gaji pokok tak de potong ,elaun tak de potong ot tak ada ,harapan tinggal harapan lansung tak bagi peluang pada kami kami b40 hummmm ……..

    Reply

Leave a Comment