Panduan Permohonan Bantuan i-Suri RM 480

 

Bantuan iSuri KWSP kini kembali diteruskan demi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah untuk mengiktiraf pengorbanan mereka.

Jumlah Bantuan Keseluruhan 

  • Pembayaran sebanyak RM 480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya termasuk 2021.
  • Tahukah anda, bantuan kematian turut disediakan sebanyak RM 2,500.
  • Penerima iSuri juga turut akan menerima dividen tahunan KWSP sama seperti pencarum lain.
  • Bantuan hilang upaya turut disediakan
Syarat Kelayakan iSuri KWSP

Kepada sesiapa yang berminat membuat pendaftaran iSuri ini, anda perlu mempunyai kelayakan telah ditetapkan :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah eKasih
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
Siapa Yang Boleh Mencarum ?

  • Suami bagi pasangan yang layak
  • Diri sendiri (Isteri)
Borang Pendaftaran & Cara Permohonan

Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa MyKad serta dua borang berikut:
  1. Borang i-Suri – KWSP 16G(M) BORANG (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  2. Borang i-Suri – KWSP 6A (2) BORANG (Semasa pembayaran)
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkataan kerajaan Pakatan Harapan telah memperuntukkan RM 20 juta bagi menjayakan program ini.

Caruman ini akan melibatkan 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.
Pembayaran Caruman 


Bagi melayakkan suri rumah untuk mendapat RM 40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM 5 sebulan atau RM 60 setahun.

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga kaedah berikut :
  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank.
  3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.
Peringatan !
  • Pemohon hendaklah berdaftar dalam sistem eKasih. Ini termasuklah isteri dan ketua isi rumah wanita (balu, bercerai ataupun bujang)
Semakan Status Pedaftaran iSuri
  1. Anda perlu layari portal rasmi e-kasih di pautan berikut –Semakan Online
  2. Anda perlumasukkan maklumat No Kad Pengenalan dan klik cari untuk semak pendaftaran.

0 thoughts on “Panduan Permohonan Bantuan i-Suri RM 480”

  1. Sy dload borang kat atas tu …klik je
    Borang i-Suri – KWSP 16G(M) BORANG (Pendaftaran kali pertama sahaja)
    Borang i-Suri – KWSP 6A (2) BORANG (Semasa pembayaran)..

    Reply
  2. Sy dload borang kat atas tu …klik je
    Borang i-Suri – KWSP 16G(M) BORANG (Pendaftaran kali pertama sahaja)
    Borang i-Suri – KWSP 6A (2) BORANG (Semasa pembayaran)..

    Reply
  3. Assalamualaikum,dh hmpir 4 thun sy tlah mndaftar e-kasih tp hingga kini sy x dpt sebarang kpastian.Apakah sy perlu mndaftar skali lg?Sy amat perlukn bntuan ini.Tk

    Reply
  4. Bagai mana saya ibu tunggal yg hilang perkejaan dan hendak memohon dan bantuan ini.ekasih tak pernah mendafta.ada kah saya layak dan perlu buat pendaftaran ekasih

    Reply
  5. Berapa tahun yg lalu saya ada pergi mendafta ekasih di pejabat daerah Kuching.kaki tangga pejabat pernah memberi saya satu jawapan tunggu mereka datang melawat sampai sekarang tak pernah datang walau sekali pun.

    Reply
  6. Mcm mana nak daftar e kasih? Boleh ke buat online saja. Tak faham siapa yg layak utk dapat bantuan ni dan tak faham apa mksud dapat rm40 dlm akaun.

    Reply
  7. sedihnya sya status ibu tunggal anak 3..tapi pelik ekasih susah betul nak lulus..sya da 4 kali mohon tak juga lulus..sya golongn b40 knp susah sngt nak lulus ekasih sedihnya..

    Reply

Leave a Comment