Peluang Terakhir Menyokong Pengeluaran Khas KWSP 2.0

 

Peluang Terakhir Menyokong Pengeluaran Khas KWSP 2.0


PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0

Mungkin ada diantara kita masih mengharapkan Pengeluaran Khas KWSP dibuat sekali lagi, disebabkan kenaikan harga barang yang berlaku.

Mungkin ada yang setuju dan ada juga yang menolaknya. Walau bagaimanapun, ia terpulang kepada individu masing-masing.

PETITION PENGELUARAN KHAS

Oleh hal demikian, sebuah petition telah dibuat untuk menyokong Pengeluaran Khas 2.0. Walau bagaimanapun, petition tersebut akan ditutup pada 14 Julai 2022 ini.

Sekiranya anda belum mengisinya, mungkin ini adalah salah satu cara bersama pencarum yang lain sebagai tanda menyokong Pengeluaran Khas 2.0

Mungkin dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, begitu juga dengan harga barang boleh menyebabkan mengapa anda semakin inginkan pengeluaran ini.

Sekiranya anda berminat, anda boleh mengisi petition tersebut disini Petition Sokongan Pengeluaran Khas 2.0

CARA SEMAK BAKI AKAUN 1 & 2 KWSP

Berikut adalah panduan untuk membuat semakan baki daripada akaun 1 dan 2 KWSP.

1. Layari portal rasmi KWSP melalui https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada paparan ‘User ID’

3. Kemudian masukkan Kata Laluan i-Akaun anda

4. Baki akaun anda akan dipaparkan menggunakan carta pai, oren bermaksud Baki akaun 1 dan biru ialah baki Akaun 2 KWSP seperti tertera

Leave a Comment