Pembayaran BPN 2.0 Bermula 21 Januari – Jadual Pembayaran

 

Sukacita untuk dimaklumkan bahawa pembayaran BPN 2.0 fasa 2 dan penerima baharu akan dipercepatkan mulai 21 Januari (Khamis).

Hal ini telah dipercepatkan kerana pengumuman PKP 2.0 oleh Perdana Menteri tempoh hari

Semakan Kelulusan Bagi Penerima Baharu

Pembayaran bermula 21 Januari ini turut melibatkan penerima baharu yang akan dibayar sekaligus mengikut kelayakan anda. Manakala penerima fasa 2 akan menerima baki setelah pembayaran fasa 1.

Penerima baharu tersebut telah diluluskan semasa tempoh permohonan rayuan/baharu dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November 2020 lalu.

Anda boleh semak kelulusan anda di sini : Semakan Kelulusan BPN 2.0

Jadual Pembayaran Pembayaran BPN 2.0 Bulan Januari

Tarikh pembayaran adalah berbeza-beza. Untuk pengetahuan anda, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat.

1) Penerima B40

Kepada penerima B40 bagi fasa 2 dan penerima baharu anda akan dibayar bermula :

  • 21 Januari 2021
Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank anda.

2) Penerima M40

Kepada penerima M40 untuk fasa 2 dan penerima baharu anda akan dibayar mulai :
  • 25 Januari 2021
Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank anda.

3) Penerima tanpa akaun bank

Jika anda penerima BPN 2.0 sama ada fasa 2 atau penerima baharu tetapi tidak mempunyai akaun bank, anda akan dibayar bermula :
  • 25 Januari 2021
Pembayaran akan dilakukan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan anda dengan menggunakan kad pengenalan atau nombor baucar.

4) Penerima di Sabah dan Sarawak

Jika anda menetap di Sabah dan Sarawak serta tidak memiliki akaun bank, pembayaran akan bermula pada :
  • Awal bulan Februari sehingga 1 April 2021
Lokasi pengambilan wang akan diumumkan pada akhir Januari nanti.


Leave a Comment