Pembayaran i-Sinar sehingga 11 Mei – KWSP

 


Berita baik kepada semua penerima i-Sinar untuk Kategori 1 dan 2. Untuk pengetahuan anda, pembayaran telah dilaksanakan pada 3 Mei 2021.

Pembayaran i-Sinar diteruskan pada Mei. 
 Tarikh Pembayaran i-Sinar April


Pembayaran i-Sinar telah dilaksana seawal 3 Mei dan seterusnya mengikut batch masing-masing.

Pembayaran i-Sinar akan didahulukan kepada penerima Kategori 1 dan seterusnya penerima Kategori 2.

Kenyataan Rasmi KWSP


Pengumuman penting yang dibuat oleh KWSP menyatakan bahawa, pembayaran bulan Mei akan mula dibuat pada 3 Mei secara berperingkat sehingga 11 Mei.

Ini bermaksud, anda bakal menerima wang KWSP anda sebelum hari raya aidilfitri nanti.

Selain itu, pengkreditan amaun ke akaun bank akan mengambil masa selama 1-5 hari mengikut prosedur bank anda.

Sebagai contoh, KWSP telah melakukan pembayaran pada 4 Mei (sama seperti jadual i-Akaun), wang tersebut akan masuk ke akaun bank anda antara 1-5 hari bekerja (isnin-jumaat)

Bukti Pembayaran i-Sinar 


Ramai sudah penerima yang menerima i-Sinar pada 3/5 2021. Boleh rujuk bukti pembayaran dibawah. Semoga dengan wang i-Sinar ini, mampu digunakan dengan baik untuk diri dan keluarga masing-masing.

0 thoughts on “Pembayaran i-Sinar sehingga 11 Mei – KWSP”

  1. Istri saya da mohon.i sinar da lulus tapi duit xmasuk2 da bpe bulan…bile call kwsp jwpan die nanti kwsp call semula..sampai la hri ni xde jwpn

    Reply

Leave a Comment