Setelah pelbagai sumber tidak rasmi yang diterima, akhirnya Kementerian Kewangan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan, terdapat beberapa perkara yang boleh disimpulkan. Boleh rujuk di bawah
Tarikh Pembayaran Rasmi
Pembayaran rasmi akan bermula seawal 7 Mei 2021 bersamaan hari Jumaat terakhir pada bulan Ramadan.
- Pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 7 Mei sehingga 12 Mei.
- Ini bermaksud, anda akan menerima wang BPR Fasa 2 sebelum Hari Raya Aidilfitri kelak.
Manakala, pembayaran kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank yakni secara baucar akan bermula pada 17 Mei depan.
Jumlah Bayaran BPR Fasa 2
Sedia maklum bahawa, pada fasa 1 seluruh kategori isi rumah menerima RM 300 manakala bujang menerima RM 150.
Kini pembayaran untuk fasa 2 adalah berjumlah RM 150 sehingga RM 600 mengikut jenis kelayakan anda.
Cara Pembayaran
Kepada penerima yang dikreditkan pada 7 Mei sehingga 12 Mei, pembayaran akan dilaksanakan seperti biasa iaitu dengan terus dikreditkan ke dalam akaun bank anda.
Manakala penerima tiada akaun bank, anda boleh pergi ke mana-mana kaunter BSN bermula 17 Mei depan.
Kenyataan Rasmi Kementerian Kewangan
17 mei yg xdk akuan air mata…
Saya Terlupa passwood, Masuk email tidak daftar lagi, pelik
Saya maybank belum masuk wang