Pembayaran Terakhir i-Lestari Bermula Pada 1 April

 

Pembayaran i-Lestari akan melabuhkan tirai selepas bulan April 2021. Pembayaran berjumlah RM 500 setiap bulan selama setahun bermula pada Mei 2020 lepas telah banyak membantu rakyat untuk menghadapi pandemik Covid-19.


Pembayaran Terakhir i-Lestari Ialah Pada Bulan April

Umum tahu bahawa, i-Lestari merupakan pengeluaran yang dilakukan daripada Akaun 2 KWSP oleh para pencarum pada bulan Mei 2020 lalu. 

Kemudahan ini dilaksanakan untuk membantu rakyat akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung pandemik Covid-19.

Pembayaran terakhir akan dilaksanakan pada bulan April 2021 setelah pengeluaran selama setahun.

Tarikh Pembayaran Pada April 2021

Jika diikutkan jadual asal sebelum perubahan tarikh, pembayaran terakhir i-Sinar ialah pada bulan April bermula 1 – 12 April.


Kemaskini daripada KWSP turut menyatakan bahawa tarikh diatas merupakan tarikh terakhir pembayaran i-Lestari.

Anda boleh rujuk gambar di bawah yang menyatakan bahawa 1 April merupakan permulaan pembayaran pada bulan April.

Sumber : Facebook
Anda juga boleh menyemak tarikh pembayaran ke akaun anda melalui i-Akaun KWSP anda.


Cara Semakan Status Pembayaran i-Lestari Secara Online
  1. Anda perlu layari laman web rasmi i-Lestari secara online melalui pautan yang diberikan disebelah https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php  
  2. Anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit yang disahkan.
  3. Klik captcha “saya bukan robot” dan klik butang semak.



0 thoughts on “Pembayaran Terakhir i-Lestari Bermula Pada 1 April”

  1. Kalau dlm akaun 2 SDH abis tp akaun 1 masih berbaki & cukup utk pengeluaran i lestari yg masih aktif apakah masih layak utk bayaran terakhir..?

    Reply
  2. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh saya harap duet saya boleh keluar sampai habis sebab saya hilang perkerja an..harap jasa baik tuan dn puan terima kasih

    Reply

Leave a Comment