Pembayaran April i-Sinar Kategori 1 Telah Bermula. Semak Tarikh Pembayaran Anda

 

Setelah tiada pembayaran dilaksanakan pada bulan 3 akibat pelaksanaan i-Sinar Kategori 2 tanpa syarat pada 8 Mac, kini pembayaran i-Sinar Kategori 1 kembali disambung pada bulan April.

Sedia maklum bahawa pemabayaran i-Sinar Kategori 1 telah bermula pada Januari lalu sehingga Februari dimana pembayaran Mac turut dilakukan pada penghujung Februari.

Tetapi kini, pembayaran kembali disambung seperti tarikh sebelum ini.

Pembayaran i-Sinar Kategori 1 April 2021

Pembayaran bagi bulan April i-Sinar untuk Kategori 1 telah bermula pada 1 April 2021. Ya, tarikh pembayaran sama seperti pembayaran bulan terakhir i-Lestari.

Pembayaran ini adalah mengikut kumpulan/batch masing-masing. 

Untuk pengetahuan anda, pembayaran adalah mengikut tarikh pembayaran yang dipaparkan pada i-Akaun anda.

Berikut merupakan salah satu contoh paparan pembayaran yang terdapat pada i-Akaun.

Seperti yang kita lihat pada gambar di atas : 
  • Pembayaran terakhir i-Sinar ialah pada 1 Jun 2021, ini bermakna pembayaran pada April juga sama iaitu pada 1 April 2021.
  • Tarikh pembayaran adalah berbeza-beza daripada penerima lain. Ada yang menerima awal, ada juga yang menerima lewat sedikit.
  • Pembayaran adalah mengikut kumpulan atau batch, sekiranya anda merupakan penerima batch 1 maka anda akan menerima pembayaran Mac bermula 22 Februari dan seterusnya mengikut batch anda.
Faham ?

Informasi Yang Anda Perlu Tahu

PEMBAYARAN BERJAYA KREDIT

Duit i-Sinar KWSP masuk terus ke akaun penerima.

PEMBAYARAN GAGAL KREDIT

Pembayaran i-Sinar tidak masuk ke akaun penerima disebabkan nombor akaun salah atau tidak aktif. Anda perlu tunggu makluman daripada pihak KWSP.



0 thoughts on “Pembayaran April i-Sinar Kategori 1 Telah Bermula. Semak Tarikh Pembayaran Anda”

  1. Pertanyaan sy ialah sy telah membuat permohonan pidaan dan telah lulus tapi duit belum masuk acc sy…ikut dari kelulusan 3hari waktu berkerja tapi sampai sekarang tiada…harap dapat maklumbalas…terima kasih.

    Reply
  2. Saya sdh buat I sinar ketegori 2..sebelum I sinar ketegori 2 tanpa syarat diluluskn..saya nk tnya blhkah saya nk ubah amuan saya dari 10k ke 60k

    Reply
  3. Hi nak pencerahan sedikit…isinar ketegori satu saya da lulus…n pembayaran sblm 14januari2021…12hbjanuari2021 dpt interim 1k..pembayaran pertama n kedua n smpi la skg langsung tdk dpt..apa mslh ya?

    Reply
  4. Assalammualikum.. Nak tanye tentang bayar isinar bulan jun 2021 yg berakhir bulan jun ini? Saya dah buat permohon isinar sebelum 25 diluluskan.. Saya semak semakan satutus permohon isinar tertekan silap pembatal sebelum diluluskan itu macam mana? Bayar isinar bulan jun yg berakhir bulan jun 2021 maaf bertanya ya dapat tak bayar isinar bulan 6 tak?

    Reply

Leave a Comment