Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat Bermula 8 Mac

 

Pada 11 Februari lalu, Menteri Kewangan iaitu Tengku Zafrul telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan i-Sinar yang membuat para pencarum gembira membacanya.

Dalam kenyataan tersebut, beliau mengumumkan bahawa kelulusan tanpa syarat i-Sinar akan diluluskan dalam masa terdekat.

Oleh itu, pada 18 Februari KWSP telah membuat kenyataan rasmi tentang kemudahan kelulusan tanpa syarat i-Sinar.

Kumpulan Wang Simpnan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa pencarum yang berumur bawah dari 55 tahun akan diberikan kelulusan automatik bermula pada
  • 8 Mac 2021
Jumlah Pengeluaran Kelulusan Tanpa Syarat

Walaupun kelulusan tanpa syarat telah diberikan tetapi jumlah pengeluaran adalah mengikut jumlah simpanan seperti :


1) Simpanan Akaun 1 RM 100,000 dan ke bawah 
  • Dapat mengeluarkan jumlah pengeluaran sehingga RM 10,000
  • Pembayaran dibuat secara berperingkat maksimum sehingga 6 bulan
  • Bayaran bulan pertama maksimum RM 5,000.
2) Simpanan Akaun 1 RM 100,000 dan ke atas
  • Jumlah pengeluaran maksimum sehingga RM 60,000
  • Pembayaran juga dibuat secara berperingkat maksimum 6 bulan
  • Bayaran bulan pertama maksimum RM 6,000
Contoh Situasi Atau Pertanyaan Yang Mungkin Anda Belum Tahu


Situasi A :

Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac dan 
  • Telah menerima interim RM 1,000
  • Permohonan sedang diproses
Jawapan :

Permohonan akan diberikan kelulusan dan status bayaran boleh disemak pada 8 Mac 2021.

Situasi B :

Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac dan
  • Belum menerima interim RM 1,000
  • Status permohonan : Dokumen sokongan diperlukan
Jawapan : 
Permohonan akan diberikan kelulusan dan status bayaran boleh disemak pada 8 Mac 2021.


Situasi C :

Belum membuat permohonan i-Sinar 

Jawapan : 

Permohonan boleh dibuat bermula 8 Mac dan akan diberikan kelulusan.

Situasi D :

Baki akaun 1 kurang atau/dan umur berumur 55 tahun ke atas 

Jawapan :

Tidak layak memohon i-Sinar.

0 thoughts on “Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat Bermula 8 Mac”

  1. Saya seorang suri rumah, tpi i sinar yang saya mohon pada awal permohonan hari tu masih lgi belum masuk akaun. Padahal dah lulus dh. Sekarang dah nak habis bulan Februari, pun belum masuk juga. Macam mana ye?

    Reply
  2. Suami saya pemohon isinar..pengeluaran 10k..tapi bln January masuk 1k sja & bln February pun 1k juga….sampai seterusnya kah 1k sja masuk akaun stp bln….ingatkan 10k tu masuk sekaligus x pun 5k yg masuk stp bln..

    Reply
  3. Pernah mohon tapi tidak diluluskan..mulai bulan February 2021 ini saya telah berhenti kerja..belanja rumah pon terjejas ingin mohon..boleh mohon semula?

    Reply
  4. awak kena pergi cawangan kwsp , cakap nak tukar amaun pengeluaran isinar . nanti dia bagi 1 borang kena isi . make sure bawa photostate ic ye

    Reply
  5. awak kena pergi cawangan kwsp , cakap nak tukar amaun pengeluaran isinar . nanti dia bagi 1 borang kena isi . make sure bawa photostate ic ye

    Reply
  6. Nak tanya,ada sesiapa yang dah masuk duit dalam acc i sinar kategori pada bulan ini,,saya punya tak masuk apa apa,,adakah dah tak cukup atau memang semua kena tnggu bulan depan

    Reply
  7. Saya telah memohon untuk kategori-1.
    Tapi saya tiada akaun bank until diisi.sedangkan pemohonan online semestinya akaun bank diisi.adakah says harus me pejabat kwsp berdekatan

    Reply
  8. Kelayakan pengeluaran 17k lebih tapi masa mohon buat 10k sahaja…dah dapat interim 1k…boleh ke nak ubah amount pengeluaran 17k semula? Anybody knows? Tq

    Reply
  9. alhamdulillah , boleh guna duit sebelum umur 55 tahun. kalau umur panjang lebih 55 , merasa guna semua duit simpanan. kalau mati awal , syukur dapat merasa duit simpanan ni , walaupun sedikit. amin.

    Reply
  10. Sy ada telefon kwsp sbb tersalah amaun , diorang cakap belum ada apa2 knyataan tntang pindaan amaun…jumaat lps sy kol…harap kwsp dpt mmberi maklum balas tntang pindaan amaun sbb ramai yg tersalah amaun…dan rmai yg trkesan shinggakan sy mahkamah dah nak lelong rumah sy ada bukti jika pihak kwsp mnta…tlg la

    Reply
  11. Penambahan amount itu kwsp tersalah info klu amount 10k itu saja cuma jumlah yg akan di bayar bpleh ibah.. Saya fikir tambah nilai cb hutang byak perlu settle matilah

    Reply

Leave a Comment