Berita baik untuk rakyat Terengganu yang berada di perantauan, sebuah bantuan hari raya yang dikenali sebagai i-Fitri akan dibuka untuk rakyat buat permohonan.
Berikut adalah perkara yang dapat dikongsikan berkaitan bantuan i-Fitri perantau ini.
I-FITRI PERANTAU
i-Fitri Perantau adalah sebuah bantuan khas Kerajaan Negeri Terengganu untuk anak perantau yang layak sempena Hari Raya Aidilfitri.
JUMLAH BANTUAN
Bantuan yang akan diberikan berjumlah
- RM 300
- Dibayar secara one-off
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan akan dibuka pada 6 April hingga 20 April ini.
SYARAT KELAYAKAN
SYARAT UTAMA
- Rakyat Terengganu dan MENETAP di luar negeri Terengganu
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di negeri Terengganu (Pemohon: KIR / Pasangan)
- Permohonan dibuat secara online malalui sistem iBantuan
SYARAT LAIN
- Pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 termasuk gaji dan elaun
- Penjawat awam / lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK
- Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK kecuali pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 2,500 dan telah disahkan
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu kemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim / Pengerusi / JPKK / Pegawai kerajaan yang berkelayakan.
- Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai bukti
- Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat adalah tidak benar atau tidak lengkap.

CARA PERMOHONAN I-FITRI PERANTAU
Permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman web
Sila sertakan dokumen lampiran ke sistem iBantuan seperti
- Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran Pemohon dan Tanggungan
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pendapatan
- Salinan surat akaun bermastautin / bil elektrik / bil air
Nota : Perlu muat naik dalam bentuk berformat JPG, JPEG, PNG dan GIF.
