Skip to content

SEMAKAN KATEGORI PENERIMA YANG LAYAK STR FASA 2

SEMAKAN KATEGORI PENERIMA YANG LAYAK STR FASA 2

Januari lalu, pembayaran fasa pertama bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diberikan kepada penerima yang layak.

Terdapat sebanyak tiga kategori yang mendapat manfaat daripada pelaksanaan STR Fasa 1 iaitu Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tanpa pasangan.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Kerajaan bersetuju meneruskan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu dengan Fasa 1 telah diagihkan pada Januari.

INFO: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah bantuan kewangan secara tunai sama seperti bantuan sebelum ini seperti BKM, BPR, BSH dan BRIM.

KATEGORI PENERIMA STR FASA 2

Berikut ialah kategori penerima yang layak untuk STR Fasa 2 nanti :

KATEGORI RUMAH TANGGA – ISI RUMAH

  • Sudah berkahwin atau
  • Ibu tunggal atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak
  • Berpendapatan bulanan antara RM 0 – RM 5,000

KATEGORI TUNGGAL – BUJANG

  • Bujang belum berkahwin atau
  • Ibu tunggal atau bapa / balu / duda yang tidak mempunyai anak
  • Berumur antara 21 hingga 59 tahun
  • Berpendapatan bulanan antara RM 0 – RM 2,500

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2

Untuk pengetahuan anda, semua penerima STR bakal terima bayaran untuk Fasa 2.

Isi Rumah (RM 0 – RM 5,000)

  • RM 200 – 0 anak
  • RM 200 – 1 hingga 2 anak
  • RM 200 – 3 hingga 4 anak
  • RM 200 – 4 anak dan ke atas

Warga Emas Sebatang Kara – 60 Tahun Ke Atas (RM 0 – RM 5,000)

  • RM 100

Bujang (21-59 Tahun) & Bujang OKU (19-59 Tahun) – RM 0 – RM 2,500

  • RM 100

SEMAKAN STR 2023

Terbaru, LHDN telah membuat kenyataan baha semakan status kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh dilakukan dengan melayari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Bagi anda yang tidak tahu cara membuat semakan, berikut adalah cara semakan

  • Klik Log Masuk MYSTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Laluan Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran
  • Maklumat untuk dipaparkan
  • Nama pemohon
  • MyKad Pemohon
  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran Fasa (jika layak untuk pembayaran fasa 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *