Skip to content

BANTUAN KWSP TAMBAHAN DINAIKKAN KEPADA RM 300

BANTUAN TAMBAHAN KWSP DINAIKKAN KEPADA RM 300

2023 ini merupakan tahun dimana kerajaan akan menamatkan kategori miskin tegar rakyat. Ia menandakan pelbagai jenis inisiatif serta bantuan bakal diberiken kepada rakyat.

Terdapat sebuah insentif melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah dinaikkan jumlah bermula tahun ini.

I-SARAAN KWSP

Insentif tersebut dikenali sebagai i-Saraan. Program tersebut membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan golongan yang tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman tambahan sebagai insentif daripada pihak kerajaan.

FAEDAH I-SARAAN

  • Boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang ditetapkan
  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  • Mencarum pada apa-apa amaun, pada bila-bila masa mengikut kemampuan kewangan masing-masing.
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan
  • Mendapat pelepasan cukai pendapatan
  • Bantuan kematian RM 2,500 tertakluk terma dan syarat

JUMLAH BANTUAN

Kerajaan dan KWSP telah menaikkan had maksimum insentif caruman padanan i-Saraan untuk 2023 daripada RM 250 kepada RM 300 setahun.

Ia akan memberi manfaat kepada ahli di bawah i-Saraan yang berada di luar sektor formal termasuk suri rumah, dan membantu mempercepatkan keselamatan kewangan mereka untuk persaraan.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur di bawah 60 tahun
  • Orang yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  • Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja
  • Orang yang tiada pendapatan tetap, termasuk suri rumah
  • Ahli KWSP
  • Telah membuat pilihan i-Saraan

CARA PERMOHONAN

Untuk tujuan pendaftaran anda perlu

  • Isi borang i-Saraan KWSP 16G(M)
  • Buat pendaftaran secara dalam talian Portal Pendaftaran i-Saraan atau Kaunter KWSP berdekatan anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *