Permohonan i-Sinar bagi Kategori 2 telah pun dibuka bermula 11 Januari lalu. Semakan permohonan bagi Kategori 1 telah pun boleh disemak bermula 4 Januari lalu.
Kini, semakan bagi Kategori 1 boleh dibuat bermula 8 Februari (Isnin). Anda boleh rujuk perincian penuh di bawah.
Syarat Kelayakan
Terbuka kepada ahli yang masih bekerja (ks) tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020).
Dokumen sokongan :
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
- Dokumen sokongan seperti penyata bank juga boleh diberikan.
Cara Permohonan i-Sinar Kategori 2
Berikut merupakan panduan untuk permohonan Kategori 2
- Layari portal rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/
- Klik kolum Permohonan Baharu
- Seterusnya, isi Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit
- Klik Teruskan
- Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP atau JAWAB SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan
- Tetapkan Amaun Pilihan
- Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan Teruskan
- Lengkapkan Maklumat Pemohon yang Wajib diisi
- Lengkapkan Maklumat Pembayaran
- Lampirkan Dokumen Sokongan
- Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan sebelum tekan Hantar
- Permohonan telah diterima dan akan diproses
Cara Semakan Status Kelulusan i-Sinar Kategori 2
Sekiranya anda telah membuat permohonan untuk Kategori 2, sila ikuti langkah di bawah :
- Anda perlu layari portal rasmi i-Sinar di : https://isinar.kwsp.gov.my/
- Pilih butang “SEMAK STATUS PERMOHONAN”
- Setelah itu, anda diminta untuk memasukkan maklumat seperti Nombor MyKad dan Nombor Telefon Bimbit.
- Klik butang “Saya Bukan Robot” dan klik butang “Semak Status”.
- Status permohonan akan dipaparkan. Sekiranya anda lulus anda akan menerima paparan lulus dan sebaliknya.
Semakan boleh dibuat bermula 8 pagi pada 8 Februari 2021.
bila i sinar saya masuk account..
Boleh ka aku minta 2 bulan
I sinar ada masuk ka Bulan 2….
I sinar kategori2 feb bilaasuk akaun
I sinar kategori 2 bila pengeluaran masuk akaun
Saya ingin menukar amaun pengeluaran isinar saya amaun baharu untuk bulan ketiga ialah Rm5000 bulan keempat Dan seterusnya ialah Rm1000