Senarai Contoh Golongan Yang Layak Menerima Kategori 1 i-Sinar KWSP (Gambar)

 

Beberapa hari yang lepas, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan senarai contoh bakal penerima kategori 1 iaitu kelulusan secara automatik skim i-Sinar (beserta kelayakan).



Sila rujuk info rajah dibawah 



1. Pengusaha Kantin

Kelayakan :
  • Tidak pernah mencarum sejak Mei 2017 lalu.
2. Pemandu Pelancong

Kelayakan :
  • Tidak mencarum sejak awal 2020 atau sebelumnya lagi.

3. Mekanik Pesawat

Kelayakan :
  • Tidak mencarum sejak diberhentikan kerja.

4. Pereka Grafik Kontrak

Kelayakan :
  • Setengah gaji telah dipotong
  • Tetapi, masih mencarum.

5. Eksekutif Kontrak

Kelayakan :
  • Diberikan cuti tanpa gaji secara tidak sukarela selama 2 hari seminggu.
  • Masih mencarum.

6. Pengurus Acara

Kelayakan :
  • Hilang pendapatan utama seperti tiada tempahan untuk menjadi pengacara majlis,
  • Sudah tidak mencarum selepas Mac 2020.

7. Pekerja Pawagam

Kelayakan :
  • Diberikan cuti tanpa gaji.

8. Pembantu Kedai Makan

Kelayakan :
  • Gaji dipotong sebanyak separuh.
  • Masih mencarum.

9. Pemilik Butik Fesyen

Kelayakan :
  • Pendapatan terjejas (kekurangan untung bersih yang jelas disebabkan pandemik).

10. Pekerja Hotel

Kelayakan : 
  • Telah diberhentikan kerja semenjak Mei 2020.
  • Sudah 6 bulan tidak mencarum.

11. Pemain Muzik Majlis

Kelayakan :
  • Pendapatan terjejas (tiada / kurang tempahan majlis semenjak pandemik).
  • 5 tahun tidak mencarum.

12. Krew Filem

Kelayakan :

  • 3 tahun tidak mencarum


13. Suri Rumah

Kelayakan :
  • 8 tahun tidak mencarum.

14. Pemandu Bas Sekolah

Kelayakan :
  • Hilang sumber pendapatan (cuti sekolah)
  • 9 bulan tidak mencarum.


15. Pembantu Tadika

Kelayakan :
  • 10 bulan tidak mencarum.

16. Petugas Media

Kelayakan :
  • Mengambil skim VSS.
  • Tidak mencarum sejak Oktober 2020.

PERHATIAN : Info grafik diatas hanyalah gambaran contoh senarai bakal penerima kategori 1. Tidak bermaksud jika jenis pekerjaan anda tidak terdapat di atas, anda tidak layak. Selagi kelayakan anda sama seperti kelayakan kategori 1, anda berpeluang untuk memohon bermula 21 Disember nanti.


Sumber info : Facebook Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

0 thoughts on “Senarai Contoh Golongan Yang Layak Menerima Kategori 1 i-Sinar KWSP (Gambar)”

  1. Kalau gaji pokok tk tolak.. tpi ot tlde.. ingat boleh ke hidup skrg ni kalau gaji pokok cuma RM1200 je? Gaji pokok sy RM1200, kerja lebih masa tk ada.. kalau ada kerja lebih masak.. boleh la cecah RM1900 atau RM2000.. nak bayar motor, kereta, rumah lagi.. bill api air.. pampes anak.. makan tiap bulan.. cuba lah fikir sikkt kalau nak buat syarat.. gaji bangla lagi tinggi dari rakyat malaysia sendiri.. kalau PM tetapkan gaji setiap pekerja kilang 1600 atau 1700 untuk gaji pokok sahaja.. tak jadi masalah.. bubarkan lah syarat untuk pengeluaran akaun 1 tu.. menyusahkan lagi rakyat malaysia yang terjejas pendapatan.. tolong bincangkan..

    Reply
  2. Dah sya kerja ladang n kesendri…lama dah mencarun…xlayak ke..sya pon nak jgx hak sya…b40 ..agak2 laaa pilih kasih…ingt perkerja senderi n ladang nie gaji pluh2 ribu ke mcm ko ceo oi…

    Reply
  3. macam mana dengan gaji 1500 dan seorang sahaja berkerja saya pun susah jugak isteri berniga atas talian tpi tiada simpanan kwsp tolong la faham situasi orang2 macam saya

    Reply
  4. Saya baru dapat kerja dalam 3bulan lepas tapi saya still tak boleh mendapat tempat kelayakan disebabkan company baru saya telah mencarum selama 3bulan yang kerajaan pinta 2bulan tidak dicarum . Alangkah sedih nye rasa . Sebab ape saya nie gembira bila mula2 boleh kuar tanpa syarat mcm nie saya nak selesaikan hutang kerajaan juga , saman semasa pkpb bederet bang kena lesen tamat tempuh dah . Disebabkan oleh saman blacklist . So kat sini saya amat terkilan sedangkan saya amat memerlukan untuk bayar sume saman saya untuk renew ape yg dah mati . Roadblock bersepah walhal saya hanya pergi kerja mencari rezeki . Itu pun salah kew ? Kalau ada hati tak patot laa letak roadblock banyak2 saya bukan sengaja . Mohon pikir org yg memerlukan itu jew . Pikir sama2 manusia .

    Reply
  5. Yang macam kami kerja sebagai anggota rela sahaja layak ka untuk pengeluaran akaun 1..memang bila kami bertugas ada elaun..tapi bukan hari hari kami bertugas..potongan KWSP pun tiada..harap macam kami ni diluluskan lah..

    Reply
  6. Pikir la yg org susah ni….harap kan aku je ade kwsp wife takde kwsp…anak2 nak sekolah lagi 1200 tak ckp buat masa sekarang ni bayar sewa rmah dah 500 bill api air sah 200 barang dapur lagi duit minyak perg kerja lagi tak pikir ke tolong la kami yg susah ni…..anda dah kaya sedap la bercakap…yg miskin ni ank oku lagi kene beli barang2 dia lagi ingat cukup ke 1200 gaji

    Reply
  7. Basic gaji 1.2k..tak ada ot.gaji dipotong sbab diberi cuti tanpa gaji skli smnggu..sales xbanyak jadi commission pun tak banyak..gaji bersih 900 lebih sikit je..dgn hrga brg skrang 900 tu dah sangat2 berjimat kadang tidak cukup..Bayar sewa rmh..bil api air..bil tlefon..belanja dapur lagi..stiap bulan sesak nafas..org bujang hidup sndri..yg cari duit pun sendiri..kalau tak cukup smpai hujung bulan tak ada sapa2 yg cover perbelanjaan..jgn ingt org bujang yg belum bekeluarga ni senang..

    Reply
  8. Kalo side income terjejas camane pule??? Side income tula yg digunakan untuk byr rumah.. yg dah berhenti mencarum tu yg ko bg kuar mmg xdelah simpanan mase depan diorg.. kate nk jg mase depan rakyat konon….pttnye yg gaji kecik n still mencarum ni yg diberi kelayakan…

    Reply
  9. Ceo kwsp kasi senang sikit bah …online kemaskini saja bah..kwsp tdk dpt ka check ka ni…system kwsp apa ni…kan klu masi sdg mencarum kwsp,buat apa kemaskini lagi…kemaskini secara online saja..masa apply…kan senang, sdg kan 11hb ni mula sdg apply…buat semua semak saja d kiosk ..klu kwsp ragu2 adakah nama adalah pemegang..masa buat bayaran ke account,klu bkn nama pemegang,jgn d masukkan la.kan senang..kemaskini saja secara online masa apply d atas talian…
    Mcm mn klu yg masi kerja tiba2 kena sakit(strok).tolak ka pesakit ke mesin kiosk atau ke kwsp sn ?sdgkan masi d hospital ..mcm mn nak keluar utk kemaskini yea?

    Reply
  10. 30% potongan gaji saja yg layak?! Saya kena 12% potongan gaji, OT dah pupus, kerja pada public holiday kena rotate(nasib lah kalau dapat) tak sampai 30% walau dicampur tapi kesan pada gaji bulanan terkesan sgt dan tahun ini tidak ada increment dan bonus itu dah lebih dari 30% tapi KWSP nampak ke? Commitment byk dan tertangguh2 macam mana KWSP? Awak nampak ke? Bagi saja lah bagi pencarum yg ada duit dlm akaun 1. Syarat simple asal ada potongan gaji, pelupusan OT, disuruh rehat kat rumah pada cuti umum supaya tak dapat bayaran Public holiday, takde increment dan bonus tahun 2020.
    Kenapa hanya pandang ke akaun 1? Akaun 2 tak nak pandang ke? Bagi pencarum yg berumur 45 tahun ke atas bagilah mereka keluarkan 50% drp jumlah di akaun 2 dan bila umur 50 tahun boleh keluarkan baki dlm akaun 2. Jadi tak lah sentuh akaun 1.
    Fikir lah lebih jauh. Bila rakyat susah negara pun susah. Macam mana mau merangsang ekonomi negara apabila rakyat tak boleh gerak kan duit dlm negara? Tidak ada yg berbelanja(beli brg2 utk berniaga) beli baju pun menyumbang utk negara bila faham flow dia. Apa kata pencarum tak perlu me carum dan majikan bayar caruman terus ke pekerja tak payah ke KWSP sampai semua dah normal boleh?

    Reply
  11. mat despatch mcm ktorg ni dh la basic gaji 1200 je..elaun minyak kena potong harapan basic je dh potong epf socso tggal 9ratus lebih je..bg je la duit ktorg jgk tu

    Reply
  12. Diharap pihak pengurusan KWSP tidak kene kan syarat sbb byk di kalangan kami yg pihak KWSP x tau contoh mcm Sy.. Kerja dipelabuhan lepas balik keje berniaga… Issue nya keje gaji memng x terjejas tpi pendapatan Sy berniaga sgt2 terjejas… Keje memng dh lama x de OT mkn gaji basic je ank ramai 9 org istri x keje… Jadi pendapatan tambahan Sy ialah berniaga kecil2lan… Memng tiada record sbb meniaga buka payung je.. Mcm mana nk tunjukkan bukti… Bukti yg mcm mana pihak KWSP nk… Sy terkesan bila musim covid niaga x Jln… So mcm mana nk kira.. Jadi apa salah ya klu Sy dpt ambik duit Sy sendiri seperti yg lain… Jgn pandang Dari sudut pemaharan kamu sahaja…

    Reply
  13. pekrja contract mcm mna??tkkn x msukkn dlm kategori??kmi hnya dpt gji basic sahaja..ot kmi mmg xde..tolong la kwsp bantu kmi yg susah..kmi pn susah skg ne..

    Reply
  14. Tu lar yg kerja security nie gna gaji1500 byar rumah sewa beli barang anak beli barang dpur nak tgai berpa…hapa xpa larr dduk pejabat cakap pandai dn sebut kan syarat yg macam2…takkan hampa nak merasa jatuh dlu bru hampa tau nasib org bawah kott…

    Reply
  15. Nii dah ketogeri I kecewa dah ….mcm2 pulak syarat2 nya… Teruk pemikiran CEO KWSP ni…. Sebab die dah mewah degan semuanya …kami ni berikat perut bajet2 utk belanja keperluan harian… Banyak bil yg tertunggak kerana pendapatan kami teejejas sangat2…. MINTA TOLONG PIHAK ATASAN BERI KELONGARAN BAGI KAMI YG BEKERJA BURUH…

    Reply
  16. Ambik duit sendiri ada ketagori pula..tambah 1 lg syarat khas.

    Syarat khas ini menunjukan bertapa susahnya dan perlunya RM10k ini utk rakyat.

    Kemukakan segala tunggakan!!

    Tunggakan/hutang berkaitan dgn bank,card credit,saman²,bil api dan air,dan yg berkitan tunggakan sebagainya.utk mbolehkan rakyat mendapat duitnya semula melalui kwsp ini.terhad hanya 10k shj walaupun hutang dan tunggakan melebihi 10k.

    Reply
  17. Knp bersyarat? Apakah simpanan kami dah lebur? Kemana perginya simpanan kami @ angka dlm slip kwsp tu hanya sekadar angka? Rakyat tgh susah lagi nak syarat2…pikir²lah

    Reply
  18. 100% sokong pasal acc 2 tu.. baki acc 2 saya lebih dari 30k.. apa salahnya benarkan keluar acc 2 tu tanpa syarat.. lepas jugak nak beli baju sekolah anak2 nnt, nak bayar bil dan sebagainya..

    Reply
  19. bagi la balik duit yang kami mencarum tu . tak salah kalau kami nak guna . kenapa masa buka akaun tak ada syarat tapi bila nak duit balik ada syarat. duit tu atas titik peluh kami sendiri , korang hanya menyimpan saja. duit masih hak kami atau korang memang dah guna duit amanah rakyat ???

    Reply
  20. Sya yg bergaji 1050 guru kafa ni sgt terjejas..nmpk bergaji tapi pndptn sampingan sy tjejas sekolah tutup xleh nak niaga kek kalau tdk lps jug a duit tepi ..kesian kan kami yg gaji rendah ni xpyhla letak syarat mcm2…utamakan b40 ni.kasi keluarkn duit..sbb kami mmg tdesak .. Dengan yg dh bkeluarga anak ramai..prihatinnla dgn nasib kami ni..anda t20 xpela xterasa sgt ..kami ni dh habis berjimat dah…

    Reply
  21. assalam…sy bkerja sbgai kerani di kilang ….basic sy rm1200…
    (kasar)dan bersih dh tolk socso+dll tggal 1000…mmg tak ada ot…elaun xde…mcmne?ples bgi sedikit keperikmanusiaan…kami cuma mhu duit kami….untuk recover ap yg ptut…tuan puan gji mmg dah besar….gji kami yang dikategrikan gologn miskin ni mcmne…mhon pertimbngkn….bukan mencuri..bukan merompak…tapi meminta duit sendiri…smga allah membuka hati tuan puan untuk mmbantu kami…untuk mmberi duit kami SENDIRI….terima kasih….

    Reply
  22. Ini cerita senang,jika kita berkelayakkan atau akaun 1 mencukupi syarat2 i-sinar mukin mencapai yg kita ingini tetapi klu xda bersabar lr mukin itu bukan rezeki kita,,,bgi sya sma sahaja,,ada kebaikan nya dan jga keburukkan…hehehe

    Reply

Leave a Comment