Skim Rumah Pertamaku (SRP) : Pembiayaan Tanpa Deposit Sehingga 110%

Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli rumah pertama yang berpendapatan bulanan isi rumah sehingga RM 10,000 untuk memiliki rumah pertama.

Bagusnya, skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada pihak bank terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar deposit. Menarik kan ? 

SYARAT KELAYAKAN SRP

Berikut ialah syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk permohonan Skim Rumah Pertamaku (SRP) ini.
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Merupakan pembeli rumah pertama
  • Pemohon individu atau bersama
  • Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas
Pendapatan kasar bulanan isi rumah :
1. Tidak lebih RM 5,000 – untuk pemohon individu / bersama
2. Lebih daripada RM 5,000 dan tidak lebih RM 10,000 – untuk pemohon bersama sahaja
    – pendapatan kasar setiap pemohon tidak lebih RM 5,000 sebulan)

KRITERIA HARTA YANG LAYAK

Berikut ialah kriteria jenis harta yang layak menerima pembiayaan
  • Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai maksimum hartanah ialah RM 500,000
  • Dihuni oleh pembeli

INFO PENTING

  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan
  • Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Insurans / takaful kebakaran diwajibkan

Untuk pembelian hartanah yang bernilai RM 300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM 5,000 dan

  • wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK 
  • tempoh moratorium selama 5 tahun

SENARAI BANK

Berikut ialah senarai bank yang terlibat untuk pelaksanaan Skim Rumah Pertamaku (SRP) :
  1. Affin Bank / Islamic
  2. Alliance Bank / Islamic
  3. Ambank / Islamic
  4. Bank Islam
  5. Bank Muamalat
  6. Bank Of China
  7. Cimb Bank / Islamic
  8. HongLeong Bank / Islamic
  9. Maybank / Islamic
  10. MSBC Bank
  11. OCBC Bank / Al-Amin
  12. Public Bank / Islamic
  13. RHB
  14. Standart Chartered / Saadiq
  15. UOB

CARA PERMOHONAN

BERIKUT adalah panduan untuk permohonan Skim Rumah Pertamaku (SRP) 
  • Cari rumah idaman dan dapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian  jual beli / resit bayaran tempatan dan lain-lain
  • Semakan kelayakan anda untuk pembiayaan rumah di bawah SRP
  • Sediakan dokumen sokongan sperti slip gaji gaji, penyata pendapatan, penyata KWSP dan lain-lain
  • Hantar permohonan  ke cawangan bank-bank yang anda pilih

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan anda boleh terus rujuk ke portal rasmi SRP di 
  • www.srp.com.my

Leave a Comment