Skip to content

Takwim Persekolahan 2021 – Tarikh Persekolah & Cuti Sekolah

 

Untuk pengetahuan anda, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memuat naik Takwim Persekolahan 2021.

Takwim tersebut menyatakan tarikh persekolahan setiap penggal, tarikh perayaan dan tarikh cuti sekolah bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan untuk tahun hadapan. 

Dengan kemudahan takwim tersebut, bolehlah ibu bapa, guru serta para pelajar untuk merancang aktiviti atau program yang bakal dilakukan.

Penggal Persekolahan 2021 – Kumpulan A

Negeri-negeri yang berada di kumpulan A termasuklah semua sekolah di negeri
  1. Johor 
  2. Kedah
  3. Kelantan  
  4. Terengganu

Untuk makluman para pembaca, penggal persekolahan bagi sesi tahun 2021 Kumpulan A bakal bermula pada 20 Januari dan akan tamat pada 9 Disember 2021.

Penggal Persekolahan 2021 – Kumpulan B

Negeri-negeri yang berada di kumpulan A termasuklah semua sekolah di negeri
  1. Melaka
  2. Negeri Sembilan
  3. Selangor
  4. Perlis
  5. Pahang
  6. Pulau Pinang 
  7. WP Labuan
  8. WP Kuala Lumpur
  9. WP Putrajaya
  10. Perak
  11. Sabah
  12. Sarawak

Bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan B, penggal persekolahan akan bermula pada 20 Januari dan tamat pada 10 Disember 2021.


Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021


KPM turut menyelaras tarikh-tarikh cuti perayaan rasmi bagi sesi persekolahan 2021.

Dalam jadual di atas disertakan bersama tarikh cuti perayaan bagi tahun 2021 seperti
  1. Tahun Baru Cuti
  2. Hari Raya Aidil Fitri
  3. Hari Kaamatan
  4. Hari Gawai
  5. Hari Krismas 
  6. Deepavali
Semua sekolah hendalah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama.

Semoga perincian cuti sekolah dan tarikh perayaan yang dikeluarkan oleh KPM dapat membantu ibu bapa, guru serta pelajar merancang aktiviti pada tahun 2021.

Jangan lupa share artikel di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *