12 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membuat Permohonan Kategori 1 i-Sinar


Seperti yang sedia kita sedia maklum, permohonan bagi kategori 1 i-Sinar akan dibuka bermula pada 21 Disember 2020 iaitu pada hari isnin. 

Pengumuman skim ini akan memberi manfaat hampir kepada 10 juta pencarum yang layak.

Berikut merupakan perkara penting yang patut anda ketahui berkenaan permohonan Kategori 1.

12 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membuat Permohonan Kategori

  1. Kriteria Kategori 1 ialah Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan ATAU
  2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak(ks) 30% dan ke atas selepas Mac 2020
  3. Tiada dokumen sokongan diperlukan
  4. Kelulusan secara automatik
  5. Permohonan dibuka selama 6 bulan 
  6. Kepada pemohon yang layak secara automatik dalam kategori 1, anda akan menerima wang  i-Sinar tersebut bermula pertengahan Januari 2021.
  7. Pengeluaran maksimum RM 10,000 sekiranya simpanan Akaun 1 RM 100,000 dan ke bawah, ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM 100 dalam Akaun 1.
  8. Pengeluaran maksimum sehingga RM 60,000 sekiranya simpanan Akaun 1 melebihi RM 100,000.
  9. Permohonan hanya boleh dibuat secara online / atas talian.
  10. Permohonan perlu dibuat melalui laman web rasmi i-Sinar https://isinar.kwsp.gov.my/
  11. Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  12. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran masih aktif, milik anda dan bukan akaun bersama.

0 thoughts on “12 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membuat Permohonan Kategori 1 i-Sinar”

Leave a Comment