Bantuan Kewangan JKM Dinaikkan Oleh Kerajaan Malaysia – Semak Kelayakan Anda Sekarang

Bantuan Kewangan JKM Dinaikkan Oleh Kerajaan Malaysia


 Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata ia membabitkan penerima bawah lima skim utama iaitu skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Elaun Pekerja OKU (EPOKU) dan Bantuan Warga Emas (BWE).

“BKK (kadar kenaikan) daripada RM 100 kepada RM 150 bagi seorang kanak-kanak dengan kadar maksimum RM 1,000 sebulan satu keluarga, memberi manfaat kepada 65,599 keluarga miskin dan sebanyak RM 165.53 juta peruntukan sudah disalurkan sehingga Jun lalu. 

Sumber : Berita Harian

APA ITU BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT ?

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM ditubuhman oleh kerajaan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.

Pelbagai jenis bantuan yang disalurkan oleh pihak JKM kepada masyarakat yang layak.

Pemberian bantuan tersebut meliputi semua jenis golongan termasuklah kanak-kanak, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU). 

SENARAI BANTUAN

Berikut ialah jenis bantuan yang disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuklah :

  1. Bantuan Kanak-Kanak 
  2. Bantuan Orang Tua
  3. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar
  4. Bantuan Am Persekutuan
  5. Bantuan OKU Tiada Upaya Bekerja
  6. Bantuan Anak Pelihara 
  7. Bantuan Latihan Perantis
  8. Bantuan Geran Pelancaran
  9. Bantuan Alat Sokongan
  10. Elaun Pekerja Cacat
  11. Tabung Bantuan Segera
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3.

CARA PERMOHONAN

Untuk yang berminat untuk membuat permohonan baharu, berikut ialah panduannya

Langkah 1. Membuat permohonan secara Online / Dalam Talian
  • Layari laman web rasmi JKM
  • Klik butang Daftar Permohonan Dalam Talian
  • Baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi
  • Isi dengan lengkap kedua-dua bahagian A dan B
  • Setelah selesai isi kedua-dua bahagian dengan lengkap, kemudian klik ‘Keputusan’
Langkah 2. Hadir Ke Pejabat / Kaunter JKM
  • Pemohon atau wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat atau kaunter JKM berdekatan mengikut daerah yang sudah anda mohon pada Langkah 1
  • Hadir sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari daripada permohonan online
  • Hadir bersama borang permohonan pendaftaran – MUAT TURUN DAN ISI
  • Bawa juga bersama beberapa dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan dan penyata pendapatan

0 thoughts on “Bantuan Kewangan JKM Dinaikkan Oleh Kerajaan Malaysia – Semak Kelayakan Anda Sekarang”

Leave a Comment