Bantuan RM 500 mula dibayar 23 November ini

 

Pengumuman mengenai pembayaran Geran Khas Prihatin 4.0 telah diumumkan oleh kerajaan beberapa hari lalu.


APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN ?

Geran Khas Prihatin ialah satu jenis bantuan kewangan yang disalurkan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) MIKRO yang berkelayakan, Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan tersebut tatkala negara sedang menghadapi dalam fasa pemulihan daripada pandemik.

Ia merupakan komitmen kerajaan untuk membantu para PKS MIKRO meneruskan pembayaran GKP 4.0 Fasa 2 melalui Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH yang dilancarkan pada Jun lalu.


JUMLAH BAYARAN

Pembayaran GKP 4.0 Fasa 2 pada November ini adalah sama seperti bayaran Fasa 1 lepas.
  • RM 500 bakal diterima pada GKP 4.0 Fasa 2 ini
  • Merupakan pembayaran lanjutan daripada bayaran Fasa 1 sebanyak RM 500 yang telah dibayar pada September lepas
  • Secara keseluruhan, setiap yang layak akan menerima bantuan berjumlah RM 1,000

TARIKH BAYARAN GKP 4.0 BULAN NOVEMBER

Ia sangat dinanti-nantikan oleh para penerima. Mereka sangat menunggu pengumuman berkenaan pembayaran GKP bulan November.

Oleh itu, Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tarikh pembayaran GKP 4.0 Fasa 2.
  • Pembayaran akan bermula pada 23 November 2021
  • Pembayaran adalah secara berperingkat
  • Bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta PKS MIKRO 

SYARAT KELAYAKAN 

Syarat kelayakan untuk menerima GKP 4.0 adalah seperti berikut :

Pembayaran bantuan akan melibatkan penerima sedia ada termasuklah penerima GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0, GKP RAYUAN dan penerima permohonan baharu GKP 4.0 yang lulus.

Untuk yang sudah menerima GKP sebelum ini, anda tidak perlu membuat permohonan baharu.

KAEDAH BAYARAN

Kaedah pembayaran akan dilaksanakan seperti berikut :
  • Pembayaran bantuan akan dikreditkan kepada akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau
  • Akaun bank persendirian penerima sedia ada seperti GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
  • Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan atau semasa yang masih aktif sahaja


0 thoughts on “Bantuan RM 500 mula dibayar 23 November ini”

  1. Mana cakap mereka,bantuan Bkc fasa 2 untuk golongan miskin tegar bulan Nov ni tak adakah?sudah mahu habis dah bulan Nov,itulah janji melayu org cakap

    Reply

Leave a Comment