Tarikh Bayaran GKP 4.0 Fasa 2 Bermula 23 November


Sukacita diumumkan bahawa kerajaan telah mengeluarkan kenyataan dan tarikh bayaran rasmi Geran Khas Prihatin 4.0 Fasa 2 sebentar tadi. 

GERAN KHAS PRIHATIN

Geran Khas Prihatin atau GKP adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro yang berkelayakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan pernigaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Ia merupakan komitmen kerajaan untuk membantu para PKS mikro dengan meneruskan pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 Fasa 2 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang dilancarkan pada Jun lalu.

TARIKH BAYARAN GKP 4.0 FASA 2

Perdana Menteri baru sahaja mengeluarkan kenyataan berkenaan tarikh bayaran GKP 4.0 Fasa 2. Sukacita diumumkan bahawa pembayaran ini akan mula dikreditkan pada
  • 23 November iaitu pada hari selasa
  • Dianggarkan bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta PKS mikro yang layak

JUMLAH BAYARAN

Pembayaran GKP 4.0 Fasa 2 adalah sama seperti Fasa 1 lepas. Bantuan yang akan diterima oleh rakyat berjumlah
  • RM 500
  • Bayaran ini adalah lanjutan daripada bayaran Fasa 1 sebanyak RM 500 yang telah dibayar pada September lepas
  • Secara keseluruhan, setiap rakyat yang layak akan menerima bantuan berjumlah RM 1,000 di bawah GKP 4.0 yang dibayar dalam 2 Fasa.

SIAPA BAKAL MENERIMA GKP 4.0 FASA 2 ?

Pembayaran bantuan akan melibatkan penerima sedia ada termasuklah penerima GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0, GKP RAYUAN dan penerima permohonan baharu GKP 4.0 yang lulus.


CARA PEMBAYARAN

Kaedah pembayaran akan dilaksanakan seperti berikut :

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemogonan yang didaftarkan pada permohonan baharu atau akaun bank persendirian penerima sedia iaitu GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.

Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan atau semasa yang aktif sahaja.

Leave a Comment