Penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 Turut Menerima GKP 3.0 Berjumlah RM 1000, Semak Disini

 

APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN 3.0?

Ramai lagi yang masih bingung atau tidak tahu mengenai GKP ini. Ada yang berpendapat GKP merupakan bantuan yang lebih BPN dan BPR. Tetapi sebernanya tidak sama sekali.
GKP ialah bantuan kewangan secara one-off  kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Untuk pengetahuan anda, GKP 1.0 dan GKP 2.0 telah dilaksanakan pada tahun 2020.

Penerima GKP 1.0 dan 2.0 Turut Layak Untuk Menerima GKP 3.0 ?


Pada mulanya, ramai yang menganggap bahawa GKP 3.0 hanyalah untuk kepada pemohon baru yang tidak pernah menerima GKP 1.0 dan 2.0 lalu.

Tetapi, kerajaan Malaysia sangatlah baik hati kepada rakyatnya. Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

  • Penerima GKP 1.0 dan 2.0 akan layak secara automatik menerima GKP 3.0
  • Manakala permohonan baru turut dibuka kepada bukan penerima GKP 1.0 dan 2.0.


Jumlah Bantuan ?


Bantuan berjumlah RM 1,000 akan dibayar secara one-off

Semakan Status Kelayakan ?


Sekiranya anda merupakan pemohon baru, berikut merupakan syarat kelayakan GKP 3.0,sila baca dengan teliti
  1. Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Rayuan.
  2. Merupakan pemohon baru.
  3. Mestilah warganegara Malaysia
  4. Mempunyai jumlah perolehan tahunan kurang dari RM 300,000 dalam menjalankan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
  5. Mestilah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  6. Masih aktif menjalankan perniagaan
  7. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF
Tarikh Permohonan


Permohonan baru bagi GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April 2021.

Cara Permohonan
  • Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my/, bermula 1 April 2021.
  • Permohonan secara manual tidak dibuka.

0 thoughts on “Penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 Turut Menerima GKP 3.0 Berjumlah RM 1000, Semak Disini”

  1. Mcm nk tahu lulus tau x,dh isi dh bntuan gran ssm tuk pniage,kte 1april blh mhon,sy xpnh dpt bntuan ape2 ni prtme kli,tpi senyap je,..de kah kroni dia je yg dpt…

    Reply

Leave a Comment